Buku ini mengandungi sembilan bab
yang disusun dan ditulis secara komprehensif oleh sekumpulan penjawat awam FRIM untuk memberi catatan rentetan sejarah dan latar
belakang penubuhan FRIM yang bermula sejak tahun
1920-an hingga sekarang (Bab 1). Bab 2 mengandungi
catatan penting tentang proses untuk mendapatkan hak milik kawasan FRIM dari kerajaan negeri Selangor. Pada tahun 2007, FRIM telah berjaya mendapatkan hak milik untuk kawasan
seluas 485.2 ha yang terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Lagong.
Bab 3 yang merupakan bahagian utama buku ini merekodkan kebanyakan maklumat
tentang field, flora, fauna, tanah dan sungai di FRIM.
Bab 4 merekodkan tentang tujuh arboretum yang ditubuhkan di FRIM. Bab 5 menerangkan tentang Taman Botani kepong yang
merupakan landskap terbaharu di FRIM.
Pokok-pokok yang ditanam oleh orang-orang kenamaan diperincikan dalam Bab 6.
Antaranya ialah dua orang Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Hj Abdul Razak Hussein dan Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Bab
7 pula memberi maklumat secara menyeluruh tentang jumlah biojisim dan karbon
daripada pokok-pokok yang terdapat di FRIM berserta
nilainya dari aspek kewangan. Ini diikuti oleh Bab 8 yang menceritakan
tentang perhubungan FRIM dengan komuniti yang
menjurus kepada aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat FRIM. Bab 9 merupakan penutup bagi buku ini. Dengan
adanya buku ini, diharapkan semua maklumat yang terkandung di dalamnya dapat
dijadikan rujukan tentang FRIM sehingga
melayakkannya dinobatkan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara.
|