Panduan Pengecaman dan Pencegahan Penyakit Pokok Sentang

Mohd Farid Ahmad et al.

OUT OF PRINT/HABIS STOK

 

Order Code: FTIHB 36

RM20.00/USD15.00 (tidak termasuk pos)

2006

 

Buku panduan ini menerangkan jenis-jenis penyakit yang sering dijumpai pada pokok sentang sama ada di ladang atau tapak semaian. Ia merupakan koleksi maklumat yang dikumpul daripada penyelidikan saintifik yang berterusan semenjak tahun 1997 hingga 2005. Maklumat-maklumat yang tidak ternilai ini diperolehi melalui survei secara rawak di tapak semaian dan ladang-ladang sentang di Semenanjung Malaysia. Ia telah diterjemahkan dalam bentuk teks berserta gambar-gambar bagi memudahkan para pengusaha ladang sentang membuat pengecaman penyakit. Selain itu, organisma penyebab (patogen) dan cara sebarannya juga diterangkan secara ringkas bagi meningkatkan pemahaman pengusaha tentang bahaya risiko penyakit-penyakit ini. Langkah-langkah pengawalan penyakit yang ekonomik dan praktikal telah dicadangkan supaya kerebakkan dan kemusnahan ladang/tapak semaian sentang dapat dicegah daripada peringkat awal lagi. Oleh itu, buku ini diharap akan menjadi panduan kepada pengusaha untuk meningkatkan sistem pengurusan penyakit di ladang dan tapak semaian dengan lebih efisyen.

 

Enquiries:

Publications Branch, FRIM

Tel: 603 6279 7491

Fax: 603 6273 1076