PEMBALAKAN BERIMPAK RENDAH DI HUTAN MALAYSIA (FR89) OUT OF PRINT

Muhammad Farid AR, Azian M & Mohd. Adnan A

RM5/USD5

10 pp

2008

ISSN 0128-9640

 

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan usahasama Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) dan Japan International Research Center for Agricultural Sciences (JIRCAS) telah membuat kajian mengenai pembangunan sistem menggunakan kabel yang bersesuaian untuk tebangan memilih di hutan semula jadi tropika. Sistem kabel ini lebih baik jika dibandingkan dengan sistem jentolak kerana jentera berat tidak perlu dibawa sehingga hampir ke tunggul pokok dan pembinaan jalan hutan dapat dikurangkan. Hanya dari segi pengeluaran balak dan mudah-kendali di tapak adalah agak susah jika taburan pokok agak tidak sekata. Untuk mengukuhkan kelemahan sistem kabel ini, sistem mudah alih yang dikenali sebagai sistem ‘Mobile Tower Yarder’ telah dibangunkan. Sistem ini mempunyai ciri-ciri pemasangan dan pengungkai yang cepat, menggunakan kabel berukuran lilit kecil sedikit tetapi dengan kelenduran yang besar dan boleh mendirisiapkan sistem kabel dari permatang ke permatang. Jentera prototaip iaitu Ryoishin Mobile Tower Yarder RME500 T-M telah dibina oleh Oikawa Motor Company di Jepun dan dibawa ke Malaysia pada tahun 1998. Kini jentera ini berada di Pasir Raja setelah menjalani ujian pengekstrakan balak di Blok Gamma, Kompartmen 51, Hutan Simpan Jengai, Terengganu.