Prospek Dan Masalah Tanaman Rotan Secara Selingan Di Ladang

Hutan Komersial: Getah, Kelapa Sawit, Pinus dan Acacia mangium

(FR 79)

Raja Barizan R. S. & Shamsudin I.

RM 5/USD 5

22 pp

2003

ISSN 0128-9640

Penanaman rotan secara selingan di dalam ladang hutan seperti ladang pinus dan

Acacia mangium, ladang getah serta ladang kelapa sawit diperkenalkan sebagai

alternatif kepada penanaman rotan di dalam hutan. Penanaman rotan di dalam

ladang komersial bertujuan untuk meningkatkan pendapatan sampingan pekebun

kecil. Sejarah penanaman dan penubuhan ladang rotan manau di bawah dirian

pokok getah, kelapa sawit, Acacia mangiumdan pinus dibincangkan. Perbincangannya adalah tentang kebaikan dan keburukan jenis rotan sama ada

tunggal ataupun berumpun untuk pilihan tanaman secara ladang. Pemilihan

spesies rotan dan spesis pokok sokongan serta perancangan tentang penubuhan dan

pengurusan ladang rotan juga dibincangkan. Kesesuaian umur rotan dan juga

umur pokok sokongan perlu diambil kira. Keputusan dari segi peratus kejayaan

hidup dan kadar pertumbuhan rotan manau untuk setiap pokok dirian dilaporkan.

Permasalahan dan prospek tanaman secara ladang juga di laporkan.