Perpustakaan FRIM Sepanjang dan Perkembangan (FR118)

Mastura Buang & Mohamad Zaki Mohd Isa

 

RM12/USD7 (tidak termasuk pos)

78pp

2020

ISSN: 0128-9640

 


Buku ini ditulis bagi mendokumentasikan sejarah penubuhan Perpustakaan FRIM dan perkembangannya sejak pertukaran status FRIM sebagai badan berkanun pada tahun 1985 hingga kini, dan sejauh mana Perpustakaan berperanan dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan di FRIM. Bahan utama yang dirujuk bagi penulisan ini ialah Research Pamphlet, laporan tahunan dan minit mesyuarat serta risalah-risalah yang diterbitkan oleh Perpustakaan. Bagi sejarah Perpustakaan sebelum 1985, penulis mengambil maklumat daripada risalah yang diterbitkan oleh Perpustakaan sempena perasmian semula Perpustakaan FRIM pada 1 Oktober 1994. Selain bahan bacaan, temu bual dengan staf Perpustakaan yang masih bertugas di FRIM juga dilakukan. Buku ini diharap dapat menjadi rujukan terutamanya kepada pelajar-pelajar latihan industri juga pengurusan perpustakaan di masa akan dating bagi tujuan penambahbaikan di samping nilai-nilai sejarah FRIM.