CANTIK Namun Beracun (FSP27)

M Abd Latif et al.

RM140/USD84

290 pp

2018

ISBN: 978-967-2149-26-2

 

Buku CANTIK Namun Beracun diinspirasikan penerbitannya oleh Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod. Buku ini mengandungi 158 spesies pokok (termasuk 16 spesies di lampiran) yang rata-ratanya merupakan pokok hiasan di taman, di laman dan di dalam rumah serta pokok teduhan di tepi jalan. Pokok-pokok ini menarik perhatian bukan sahaja orang awam, malah kanak-kanak dan haiwan namun awas, pokok-pokok ini sebenarnya beracun! Tumbuhan beracun atau berbisa ialah tumbuhan yang boleh menyebabkan kesakitan, kerengsaan, mabuk dan mungkin membawa kematian apabila kita termakan, terminum atau tersentuh bahagian-bahagian tertentu. Buku ini ditujukan kepada orang awam, pengusaha tapak semaian, pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam aktiviti landskap, serta individu yang meminati pokok-pokok hiasan untuk dijadikan rujukan atau panduan bagi mengenali pokok-pokok yang berbahaya dan beracun.

 

 

Enquiries:

Publications Branch, FRIM

Tel: 603 6279 7491

Fax: 603 6273 1076

E-mail: FRIM_Publications@frim.gov.my