PELESTARIAN RIZAB BIOSFERA TASIK CHINI—PENYELIDIKAN FRIM (FSP 21)

Azizan A et al.

RM130/USD78

151 pp

2018

ISBN 978-967-2149-17-0

 

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersama-sama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menjalankan usaha pemuliharaan di Rizab Biosfera Tasik Chini (RBTC). Banjir sering menjadi ancaman utama pada musim monsun timur laut kerana limpahan air dari Sungai Pahang ke Tasik Chini. Aktiviti bot untuk pelancongan di Sungai Chini juga memberi kesan kepada tebing sungai ini. Tumpuan diberikan kepada menanam pokok hutan, pokok buah-buahan nadir dan buluh untuk mengukuhkan semula tebing Sungai Chini. Selain itu, tumbuhan teratai yang merupakan ikon di Tasik Chini telah dibiak semula melalui pelbagai kaedah untuk mengekalkan populasinya. Teknik yang sesuai bagi menanam pokok di tebing sungai turut diperkenalkan. Persekitaran RBTC juga menyumbang kepada ekonomi komuniti setempat. RBTC di daerah Pekan, Pahang ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan UNESCO pertama di Malaysia dalam kategori Man and Biosphere Reserve (MAB) pada tahun 2009.

 

 

Enquiries:

Publications Branch, FRIM

Tel: 603 6279 7491

Fax: 603 6273 1076

E-mail: FRIM_Publications@frim.gov.my