Tumbuhan Ubatan untuk Rawatan Penyakit Radang

(SAR 8-08)

 

Zainon Abu Samah et al.

 

Radang merupakan penyakit yang sering dihidapi oleh masyarakat dunia. Gejala penyakit ini seperti kemerahan, bengkak, panas, sakit dan gangguan fungsi organ menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada penghidap. Pelbagai kaedah terutamanya yang berasaskan tumbuhan telah digunakan secara meluas untuk merawat radang. Di Malaysia, terdapat banyak spesies tumbuhan yang digunakan turun-temurun untuk merawat penyakit ini.

 

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti potensi terapeutik beberapa spesies tumbuhan tempatan untuk merawat penyakit radang. Buku ini mengandungi maklumat tentang 30 spesies tumbuhan ubatan yang sering digunakan oleh masyarakat tempatan. Maklumat tersebut termasuklah nama Latin, huraian morfologi, kaedah pembiakan, bahagian tumbuhan yang digunakan, kandungan kimia, kajian saintifik yang dilaporkan dan kegunaannya.

 

RM45/USD34 

76 pp    

2004

ISBN:  983-2181-52-6