FRIM Tapak Warisan Semula Jadi Negara

(Out of print)

Click to enlarge

 

Shamsudin I et al.

Order Code: WARISAN

RM120/USD90 (postage not included)

191 pp

2010

ISBN 978-967-5221-42-2

 

 

 

Buku ini mengandungi sembilan bab yang disusun dan ditulis secara komprehensif oleh sekumpulan penjawat awam FRIM untuk memberi catatan rentetan sejarah dan latar belakang penubuhan FRIM yang bermula sejak tahun 1920-an hingga sekarang (Bab 1). Bab 2 mengandungi catatan penting tentang proses untuk mendapatkan hak milik kawasan FRIM dari kerajaan negeri Selangor. Pada tahun 2007, FRIM telah berjaya mendapatkan hak milik untuk kawasan seluas 485.2 ha yang terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Lagong. Bab 3 yang merupakan bahagian utama buku ini merekodkan kebanyakan maklumat tentang field, flora, fauna, tanah dan sungai di FRIM. Bab 4 merekodkan tentang tujuh arboretum yang ditubuhkan di FRIM. Bab 5 menerangkan tentang Taman Botani kepong yang merupakan landskap terbaharu di FRIM. Pokok-pokok yang ditanam oleh orang-orang kenamaan diperincikan dalam Bab 6. Antaranya ialah dua orang Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Hj Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

          Bab 7 pula memberi maklumat secara menyeluruh tentang jumlah biojisim dan karbon daripada pokok-pokok yang terdapat di FRIM berserta nilainya dari aspek kewangan. Ini diikuti oleh Bab 8 yang menceritakan tentang perhubungan FRIM dengan komuniti yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat FRIM. Bab 9 merupakan penutup bagi buku ini. Dengan adanya buku ini, diharapkan semua maklumat yang terkandung di dalamnya dapat dijadikan rujukan tentang FRIM sehingga melayakkannya dinobatkan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara.

 

 

Enquiries:

Publications Branch, FRIM

Tel: 603 6279 7491

Fax: 603 6273 1076

E-mail:  FRIM_Publications@frim.gov.my