Manual Pengguna Sistem Penulisan FRIM

Zahari O, Gan KS & Nik Zahariah NM

 

Code: FTIBH51

RM0/USD0 (Tidak dijual)

29 pp

2021

ISSN 978-967-2810-10-0

 

Buku ini digunakan sebagai panduan kepada pentadbir sistem, pengguna sistem dan pegawai pengesahan maklumat yang menggunakan sistem penulisan FRIM. Output penyelidikan FRIM yang diterbitkan dalam jurnal, buku, bab dalam buku, artikel dalam prosiding, artikel separa teknikal dan sebagainya, perlu dijaga dan boleh dicapai pada bila-bila masa apabila diperlukan. Justeru satu sistem yang dinamai Sistem Penulisan FRIM dibangunkan bagi tujuan ini. Sistem yang berasaskan web ini boleh merekod butiran maklumat seperti tajuk, kategori, tahun terbitan, nama pengarang, penyunting, pengulas, dan penyusun. Dokumen penulisan dapat dimuat naik dalam format pdf.